• BAJA Ezigrow


    Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya?
    Baja foliar adalah baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya.

    Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam Hai-O Ezigrow?
    Hai-O Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.

    Apakah nilai pH Hai-O Ezigrow?
    Nilai pH Hai-O Ezigrow ialah 6.1 dan ia sesuai digunakan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan.


    Satu bahan baja terlarut yang disembur dalam bentuk cecair. Baja Foliar yang disembur pada daun akan menembusi ke dalam daun melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel dalam masa satu jam. Sekiranya di bandingkan kesan baja foliar dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana menggiatkan ‘electrogenic pump’ ke dalam sel-sel.

    MENGGANDAKAN HASIL PUNGUTAN TANAMAN
    1.Baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim panas supaya meningkatkan hasil dan kualiti tumbuhan.
    2. Mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang seimbang dan lengkap seperti mineral, asid humik, asid amino dan sebagainya untuk meningkatkan tumbesaran dan hasil tanaman.
    3. Sesuai digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman jangka masa panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sebagainya.

    Kesan-Kesan Baja Ezigrow
    • Melengkap & mengimbang tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan
    • Menggiatkan tumbesaran dan kadar fotosintesis serta gula dalam masa satu jam selepas penyemburan.
    • Meningkatkan penyerapan khasiat dan menguatkan keimunan tumbuh-tumbuhan agar menjadi lebih sihat.
    • Menambah hasil tanaman hingga 70%.
    • Meningkatkan kualiti hasil tanaman.
    • Mengurangkan pengguguran bunga dan putik.
    • Mesra alam dan biourai. Sesuai untuk semua jenis tanaman.
    • Sesuai dicamput dengan racun kulat atau serangga.
    Mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.♡ Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta meningkatkan proses fotosintesis dan kandungan gula dalam masa 1 jam selepas semburan.♡ Mengandungi asid humik yang dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem imunisasi tumbuh-tumbuhan supaya lebih sihat.♡ Menambah hasil pengeluaran tanaman sehingga 70%.♡ Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran tanaman.♡ Mengurangkan masalah pertunasan, pengunapan dan mengawal keguguran buah melalui pengawalan pengeluaran asid absisik.♡ Mesra alam dan mudah diuraikan.♡ Sesuai digunakan untuk tujuan semburan atau siraman.♡ Boleh dicampurkan dengan racun serangga atau racun kulat.




    Cara Penggunaan :
    1. Padi - 90ml ( 1/4 ekar ) Sebulan sekali
    2. Kelapa Sawit - 180ml ( 20 pokok ) 3 ke 4 kali setahun
    3. Pokok Buah-buahan - 90ml ( 20 pokok ) 3 ke 4 kali setahun
    4. Sayuran berbuah dan Bunga-bungan - 45ml ( 1/4 ekar ) 7 ke 10 hari
    5. Sayuran Berdaun - 45ml ( 1/4 ekar ) 7 ke 10 hari

    UNTUK TANAMAN PADI PEMBAJAAN ADALAH 3 KALI SEMBURAN 

    1. SEMBURAN PERTAMA 
    Dalam masa lebih kurang 40 hari selepas menabur (hari ke 40 - 45) Fungsi:
    Untuk mengeraskan batang padi dan menjadikan batang padi pahit (ulat tidak akan makan)
    Daun padi juga lebih tebal dan kelebaran daun akan mengecil menyebabkan ulat tidak boleh menggulung daun 

    PEMBAJAAN ADALAH TIDAK DIGALAKKAN KETIKA USIA PADI 55 HARI HINGGA KE 80 HARI.INI AKAN MENGAKIBATKAN PELBAGAI MASALAH KEPADA PADI SEPERTI: 

    Pengisian biji padi
    Serangan penyakit dan serangga perosak
    Kekurangan cahaya kerana daun akan menebal
    Pengurangan hasil 

    2. SEMBURAN KEDUA 
    - Dalam masa lebih kurang 85 hari (hari ke 80 - 85) semasa padi buting susu
    Fungsi:
    Mengeluarkan bilangan butir yang lebih sehingga mencecah 120 biji
    Menguatkan tangkai biji untuk mengurangkan pengguguran bunga padi

    3. SEMBURAN KETIGA 
    - Dalam masa lebih kurang 90( hari hari ke 90 - 95 hari) semasa padi bunting 

    Fungsi: 
    Mengetatkan isipadu biji padi hingga ke hujung tangkai
    Mengelakkan dari padi hampa 

    MASA DAN CARA SEMBURAN 

    Semburan adalah semasa cuaca dalam keadaan baik. Pastikan selepas semburan tiada hujan turun selama 6 jam.
    Masa paling sesuai menyembur ialah awal pagi sebelum jam 9 pagi atau jam 5 petang ke atas. ~Embun akan membantu proses penyerapan baja ke dalam sel epidermis daun
    Semburan adalah menggunakan semuran kabus untuk seratakan penyerapan baja..
    Semburan adalah terus ke daun yang menyebabkan berlaku proses fotosintesis secara langsung
    Boleh juga campur dengan racun serangga untuk menjimatkan masa kerja
    Semburan pertama baja .Ezigrow paing baik 5 hari sel.epas racun rumput. 

    NOTA PENTING: 
    Baja tabur @ NPK juga wajib digunakan ,ini kerana untuk penyuburan semula tanah dan mengekallkan komposit tanah.


    -TESTIMONI-




  • You might also like