• Haramnya Surat Berantai


    Apa surat berantai tu? Surat berantai merujuk kepada surat yang mempunyai ayat yang menyuruh ia dikirimkan kepada beberapa orang yang lain, biasanya dalam nombor ganjil. Sekiranya sipembaca membuat demikian, maka pembaca dijanjikan dengan hadiah (berita baik) atau diancam dengan kebinasaan (bernasib malang). Pada asalnya ia bermula sebagai surat, tetapi kemudiannya beralih kepada E-mail, SMS, dan mula tersebar dalam laman sosial, blog dan sebagainya. Bagi orang Islam, surat berantai adalah haram. Boleh rosak akidah dan iman seseorang jika menyebarkannya. Amat malang dalam dunia maju sekarang ini, masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada aqidah). Ini di namakan jahiliyah moden.
    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
    "Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)
    Dan lagi, Rasulullah s.a.w. bersabda:
    "Tathayyur (merasa sial) adalah syirik." 3 kali.
    Dan Ibnu Mas'ud sendiri berkata: " Setaip orang akan ada perasaan-perasaan 'sial', dan lain-lain tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
    Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas'ud itu, ialah: setiap orang di antara kita ini ada perasaan-perasaan seperti itu, tetapi perasaan semacam ini akan hilang lenyap dari hati orang yang selalu tawakkal dan tidak membiarkan perasaannya itu tinggal dalam hati.
    BERIKUT ADALAH CONTOH SURAT BERANTAI YANG PALING KERAP DI SEBARKAN
    ********************* CONTOH SURAT BERANTAI DI BAWAH *********************
    SURAT DARI ARAB SAUDI

    (WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)
                  
                  
    Assalamualaikum.          
                  
    Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad  (Saudi Arabia)
                  
    Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
                  
    a) Isteri tidak mendengar suami        
    b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin  
    c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.    
                  
                  
    Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit.  Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.
                  
    Pesanan Hamba ini          
                  
    a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.
    b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
    c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan  
    d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan      
    e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.
    f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.    
                  
                  
    UNTUK MAKLUMAT          
                  
    1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain.  Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.  Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu.  Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
    2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.
                  
                  
                  
                  
    3. Pada tahun 1977 Tun Dato' Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.
                  
    4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah.  Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
      
    5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak.  Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.  Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam.  Baginya  anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.
      
    6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya.  Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya.  Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan.  Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain.  Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.
      
      Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka.  Setelah  kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.
    ********************* CONTOH SURAT BERANTAI DI ATAS *********************
    Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
    Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
    Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
    Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.
    Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
    Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
    Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".
    Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan Sheik Ahmad sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
    Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulama sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".
    Boleh juga kawan-kawan lihat fatwa dari kaman rasmi fatwa Malaysia  klik sini .
    Tak cukupkah lagi bukti jelas mengatakan surat berantai ni haram! Meh sini vidio dari ustaz kegemaran rakyat Malaysia.
    http://youtu.be/ovk6G8ZbaFA
    Sekarang cuba renung-renungkan. Wahai kawan-kawan janganlah jadi jahil. Tolong jangan sebarkan, tolong jangan mudah copy paste tanpa sebarang sumber yang sah! Terutamanya adik-adik kita yang masih bersekolah ni. Sibuk copy paste tanpa siasat dulu. La ni saya seru kawan-kawan, adik-adij mari sebarkan link web ni untuk kawan-kawan kita supaya buka minda masing-masing. Saya seru, saya perlukan kawan-kawan.
    Di bawah ini saya sepilkan beberapa contoh versi baru surat berantai untuk anda semua nilaikan, renungkan dan jangan sebarkan.
    *********************
    Maaf , yang tidak baca akan mendapat ACCIDENT besok . Aminn , dan tolong baca dengan sangat teliti . Seorang anak dari Aceh Barat , di tubuh anak itu terdapat tulisan nama Allah dan anak itupun bisa bicara dengan haiwan-2 apa pun . Ini tanda kiamat , saya bersumpah saya akan menyebarkan ini ke 19 teman saya dalam 1 jam . Apabila saya melanggar , saya akan terkena musibah . Saya akan selalu gagal dalam usaha saya , dan cita-2 saya tidak akan tergapai . Anda sudah bernazar , maaf ya saya juga korban #Sebarkan segera Maafkan saya
    *********************
    Aku Berjanji Akan Copy Dan Paste Ayat di bwah ni :
    1. I Love allah
    2. I Love nabi muhammad
    3. I Love Islam
    4. I Love my mom
    Awk dh janji kan ? Tunaikan :)
    ********************* (sumpah atau janji terbatal jika kita tidak faham atau yidak tahu kandungan perjanjian) *********************
    → Adryana Nur Nama dirahsiakan . Berumur 3 tahun , dia tak ada mata dn mulut . Dia ni arwah yg telah meninggal dunia , sesiapa yg dah baca tp tak forwardkan . Malam ni dia akan datang di sebelah katil anda dgn memerhatikan anda . Dia juga akan berada di syilin utk memerhatikan anda . Jika tidak percaya , kisah ini berlaku pada 26hb tahun 1914 , sesetengah org telah mati terkejut kerana tidak mempercayai msg ini dan memadamnya . Pertama , ialah kekasih anda dan seterusnya akan hilang perlahan-lahan dlm masa 24jam , sila forward text ini kpd 8 org . Sorry kawan2 , saya terpakse forward sbb saya dah terbaca.
    *********************
    Anak Haram Kafir je tak copy bende ni .     SubhanAllah. Cantik kan ! ▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁◇▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇▁▁▁▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇◇◇▁▁▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇◇◇◇◇▁▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇▁ ▁▁▁▁▁◇◢◣◇◇◇◢◇◇◇◢◇◇◢◇▁▁▁▁ ▁▁▁▁◇◢◤▇◇◇◇▇◇◇◇▇◇◇▇◇◇▁▁▁ ▁▁▁◇◢◤◇▇◇◇◇▇◇◇◇▇◇◇▇◇◇◇▁▁ ▁▁◇◇▇◇◇▇◇◇◇▇◇◇◇▇◇◇▇◇◇◇◇▁ ▁◇◇◇◥▇◤▇◇◇◇▇◇◇◇▇◇◇▇◇◇◇◇◇ ▁▁◇◇◇◇◇▇◇◇◇▇◇◇◇▇◇◇▇◇◇◇◇▁ ▁▁▁◇◇◇◇▇◇◇◇▇◇◇◇▇◇◇▇◇◇◇▁▁ ▁▁▁▁◇◇◇◥◣◇◢▇◣◇◢◤◇◇▇◇◇▁▁▁ ▁▁▁▁▁◇◇◇◥▇◤◇◥▇◤◇◇◇◤◇▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇◇◇◇◇▁▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇◇◇▁▁▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇◇◇▁▁▁▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁◇◇◇▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁ ▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁▁◇▁▁▁▁▁▁▁▁▁          #Share jika korang sayang ALLAH ツ ♥ 
    ********************* (suka-suka mengkapirkan orang. )**********************
    baca ayat ni dengn keras, demi         
    ♡♥♡     W      ♡      ♥
    ♡    ♥     ♡      ♥      ♡
    ♡♥♡     ♥      ♡      ♥
             ♡    ♥      ♡      ♡
              ♡♡ ♥♥        ♡
    saya akan mengirim kn kalimah ini ke semua orang.. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ 
    *********************
    Nanti saya dapat lagi surat berantai ke surat berangkai ke atau surat bangkai saya paste dekat sini sebagai rujukan. ;)

    ########################################
    0179259036 Assalamualaikum, maaf mengganggu. Saya baru dapat info. Tolong baca. Sory kalau lambat sebar. Sekitar pukul 5.30 ba'da mahrib mendapati gempa dan gerhana. Suatu bunyi ganjil seperti          ngauman raksasa yang kedua kalinya di bawah dasar dari lautan pasifik. Menurut para ulama, itu suara DAJJAL yg berusaha naek ke dunia. Oleh sebab itu, kita sentiase tidak berhenti azan dan solat. Siape yg membace ni tolong sebarkan ke 20 org. Jangan dipermainkan. Lillahita'ala. Demi allah. Ni amanah mu dalam wktu 12 jam. Tak dikirim. Musibah berupa. Dibencikan orang, sial sampai umur 48 tahun. Tak susah pun forward je. Senang kan. -Qur'an akn musnah -ka'bah akn rata dgn tanah -sangkkala akan ditiup 2 kali Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda : " brng siapa yg mengingatkan ini kpd orang lain, akan Ku buatkan tempat d surga bgi'a pd hari penghakiman kelak" kita bisa kirim ribuan sms mesra, tapi bila kirim yg berkaitan dgn ibadah mesti berpikir I Love nabi Muhammad , Kirim Sms ini Sebanyak Umur Kamu skrng 2 jam Setelah itu kamu akan dpt Kejutan yg tak Terduga, Allah tau isi Hatimu.. #sy sebar kerana Allah.. Bukan kerna kata2 y xbenar.. Tapi kebenaran y terselit. InsyaAllah.. Allah lebih mengetahui"  

    ########################################

    9 Tanda Tanda Saat Kematian          1. 100 hari, seluruh badan rasa bergegar.          2. 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak.          3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dgn nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan kelihatan orang yang akan meninggal seperti sedang rungsing.          4. 7 hari, mengidam makan.          5. 5hari, anak lidah bergerak-gerak.          6. 3hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.          7. 2hari, seluruh dahi bergerak-gerak.          8. 1hari, terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak pada waktu subuh dan asar.          9. Saat terakhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan)          **Sebarkan kepada semua umat islam, anda juga akan mendapat pahala kerana menyebar apa yang benar tentang islam. .  Surat Yasin, Ia tertidur & bermimpi Rasulullah datang kemimpi dia & berkata ''60.000 orang Islam Meninggal Tanpa Beriman''          percayalah dengan ini..!          ada lelaki mencari jodoh, selepas dia menerima pesan ini dia sebarkan pesan ini & dia dapat jodoh.          ada lagi orang sakit parah & dia menerima pesan ini tapi dia tidak percaya, bertambahlah sakitnya, setelah ia percaya sakit nya pun sembuh..          Sebarkan pesan ini ke-30 orang islam, kamu diberi waktu 4 hari, percayalah & hajatmu kn tercapai          السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. Coba ya kita buktikan, insya Allah, dan bacalah: "Bismillahirahmanirrahim: Innaka la minal mursalin 'ala shiratimmustaqim tanzilal azizir rahim litunziraqaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun". Tolong kirim potongan ayat dr surat Yasin ini, minimal kpd 13 orng. Insya Allah dlm 2 jam kmudian anda akn mendengar kbr baik & mndpat kbahagiaan. Jg dhpus seblum dsebar ya, kita berbagi doa ke sesama muslim = 2jm sesudh kt laksnakan, trnyata rizki datang          آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ          ,سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ          سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيْ""

    #######################################

    (maaf yee sy hanya niat utk menyebarkan pekara yg benar bkn msj ini semata mata)Berita  gempar!!!Panggung wayang di Amerika terbelah dua ketika film innocence of muhammad ditayang kan..Subhanallah! Sebarkann,,, ini kekuasaan  ‎​اَللّهُ   Subhanahuwata'ala..          Non Muslim EndChat          Ada penjaga makam nabi, setiap hari ia membaca sholawat & Surat Yasin, Ia tertidur & bermimpi Rasulullah datang kemimpi dia & berkata ''60.000 orang Islam Meninggal Tanpa Beriman''          percayalah dengan ini..!          ada lelaki mencari jodoh, selepas dia menerima pesan ini dia sebarkan pesan ini & dia dapat jodoh.          ada lagi orang sakit parah & dia menerima pesan ini tapi dia tidak percaya, bertambahlah sakitnya, setelah ia percaya sakit nya pun sembuh..          Sebarkan pesan ini ke-30 orang islam, kamu diberi waktu 4 hari, percayalah & hajatmu kn tercapai          Dan Yasin ini Jangan putus di kamu yah...          ​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.          Cuba ya kita buktikan, insya Allah, dan bacalah: "Bismillahirahmanirrahim: Innaka la minal mursalin 'ala shiratimmustaqim tanzilal azizir rahim litunziraqaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun". Tolong kirim potongan ayat dr surat Yasin ini, minimal kpd 13 orng. Insya Allah dlm 2 jam kmudian anda akn mendengar kbr baik & mndpat kbahagiaan. Jg dhpus seblum dsebar ya, kita berbagi doa.
  • You might also like