• Tentang Lelaki Yang Lelaki Tidak Tahu



    1- Menopaus
    Menopaus sering dikaitkan dengan kaum wanita, tetapi jangan hairan sekiranya kaum lelaki juga mengalami menopaus. Menopaus kaum lelaki dipanggil fenomena andropaus.

    Lelaki yang berusia sekitar di antara 40 hingga 55 tahun akan berhadapan fenomena andropaus. Perbezaan di antara kedua-dua menopaus lelaki dam wanita ialah menopaus kaum wanita adalah apabila seseorang itu mengalami putus haid. Manakala bagi lelaki pula apabila paras hormon testosteron (hormon yang memberi sifat kelelakian) menurun dengan mendadak.

    Secara umumnya lelaki normal sebenarnya sentiasa mengandungi banyak imej ‘nakal dan ghairah’ mengenai wanita dan gambaran ini ada sepanjang masa atau boleh muncul pada bila-bila masa sahaja. Jika gambaran ‘nakal’ ini hilang, bermakna lelaki berkenaan sebenarnya mengalami masalah fenomena andropaus.

    Tanda-tanda Andropaus

    Bukan mudah untuk setiap pasangan anda mengakui yang mereka mengalami masalah andropaus. Ini kerana mereka menganggap ia boleh menjatuhkan air muka mereka. Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit Andropaus, antaranya ialah:-

    1. Keinginan seks menurun.

    2. Orgasma dan ereksi pada waktu pagi berkurang.

    3. Masalah ED (Erectile Dysfunction).

    4. Menjadi sugul dan murung.

    5. Hilang daya tumpuan.

    6. Jisim otot menyusut.

    7. Otot menjadi lemah.

    8. Ukuran pinggang meningkat.

    9. Kesihatan keseluruhan mula terjejas.

    10. Cepat letih. 




    2-Bulu
    Kulit kerandut buah zakar mengandungi bulu roma, pundi peluh atau ‘sweat gland’ dan pundi sebaceous atau cecair pelembap semula jadi untuk kulit. Kulit kerandut buah zakar adalah daripada jenis kulit yang lembut yang mengandungi lapisan otot lembut, tanpa lapisan lemak walaupun ia mengandungi pundi peluh, folikel rambut dan pundi sebaceous atau pelembap semula jadi yang merupakan bahan pelembap menyegarkan kulit dan mengilatkan bulu roma. Jadi sila cabut 1 dan bandingkan dengan rambut anda(lelaki) mana lebih berkilat.
    Bulu-bulu sekitar buah zakar juga berfunsi merendahkan tahap hentakan jika terdapat sebarang bala yang tidak disangka.




    3-Buah zakar

    Lelaki itu di ciptakan dengan ganas, nakal dan lasak namun kemaluan lelaki terutamanya buah zakar tidaklah selasak tuannya. BUAH zakar ialah organ yang sangat sensitif dan kecederaan paling ringan yang berlaku kepadanya boleh mengakibatkan sakit atau tidak selesa.

    Kesakitan dalam kerandut buah zakar boleh berpunca daripada buah zakar, dalam kerandut buah zakar atau daripada pundi epididimis yang terletak di belakang buah zakar.

    Sakit di bahagian bawah pusat atau di paras tundun juga boleh terasa di bahagian buah zakar. Bagaimanapun, lokasi masalah sebenar punca sakit itu hanya dapat dikesan apabila tempat sakit itu ditinjau melalui pemeriksaan. Kecederaan ringan kepada kerandut buah zakar seperti tertendang dan di jentik. Kesakitan yang berlaku tertakluk kepada tahap kecederaan dan jika ringan, walaupun sungguh menyakitkan, ia tidak kekal dan akan beransur reda. Justeru risiko lelaki mandul adalah 10x lebih berbanding wanita.


    4-Jenis zakar



    KEBANYAKAN lelaki mempunyai masalah sama iaitu terlalu obses mengenai saiz dan bentuk zakar. Pada pandangan saya, ia perkara biasa tetapi jangan melakukan cara yang salah dan boleh mencederakan zakar atau merosakkan fungsinya.

     Pertama sekali, lelaki yang belum dewasa perlu sedar anggota kelamin anda berkemampuan membesar kerana masih dalam proses perubahan akhil baligh. Bagaimanapun, proses terbabit juga dipengaruhi faktor keturunan dan baka.
    Jika anda mempunyai jenis zakar digelar ‘belalai gajah’, saiz dan bentuk tidak banyak bezanya ketika menegang atau tidak.
    Jika zakar anda jenis mengembang atau ‘grower’, ia boleh membesar dua hingga empat kali ganda ketika tegang dan kadangkala lebih daripada jangkaan asal jika dalam keadaan teruja seksual.

    Kesimpulannya, zakar lelaki mempunyai dua jenis yang berbeza iaitu jenis belalai gajah dan jenis mengembang. Jadi janganlah hairan dan pelik jika anda melihat zakar yang agak kecil dan "comel" semasa dalam keadaan yang tidak teruja dan bila teruja pula akan menjadi 3-5 kali ganda besarnya walaupun saya sendiri agak pelik.


    p/s: lelaki memang pelik... walaupon saya seorang lelaki. sekuat dan segagah mana pun seorang lelaki tu jika di jentik telo nya pasti senak sangat hik3


  • You might also like