• Bukti Islam Agama Benar- Perbandingan Agama


    Lazimnya, pada awalnya, kita beragama hanya mengikut orang tua sahaja. Kita tak fikir agama benar atau salah.
        Jika kita lahir di timur dari keluarga islam, maka kita islam.
        Jika kita lahir di barat dari keluarga christian, maka kita christian.
        Jika kita lahir di Himalaya dari keluarga budha, maka kita jadi bhisksu.
        Jika kita lahir di India/Bali dari keluarga hindu, maka kita jadi Hindu    Meski yakin sangat dengan seyakin-yakinnya, maka tetap lah tak bermakna ada banyak Tuhan, tetap Tuhan cuma 1 !
        1 Tuhan bermakna 1 Agama yg sebenar,macam mana kita boleh tahu sebuah agama benar?
        Jadi, dalam soalan ini kita TIDAK BICARA TENTANG KEYAKINAN, tapi kita paparkan BUKTI KEBENARAN.
        Jika Islam Benar, apa buktinya?
        Jika Christian Benar, apa buktinya?
        Sekarang, macam mana kita boleh tau sesuatu agama boleh terBUKTI benar?
        Bukti apa yang kena digunakan didalamnya?
        Kita tak boleh ambil BUKTI daripada cakap seseorang, apakah dia Haji, atau paderi atau pendeta atau biksu! Apa pasal? kerana ia ialah manusie yang TAK SEMPURNA.
        Kita pun tak boleh ambil BUKTI televisyen atau ke media massa! Apa pasal? Kerana ia tetaplah buatan manusia yang TAK SEMPURNA.
        Kita pun tak boleh ambil BUKTI dari sekumpulan kecil umat! Apa pasal? Kerana ia ialah manusia yang TAK SEMPURNA.
        Misal: Di Malaysia & Indonesia semua orang miskin ialah ramai beragama Islam, tapi tak bermakna Islam itu tak baik, pasal di Philipina yang miskin ialah ramai Catholik!
        Di Malaysia & Indonesia ramai pesalah/penjahat yg duduk di lokap/penjara ialah Islam, tapi tak bermakna Islam itu jelek pasal di Mexico yang menjadi penghuni lokap / penjara ialah Catholik!
        LALU BUKTI APA YG BOLEH DIGUNA UNTUK MEMBUKTIKAN SEBUAH AGAMA BENAR?

    Bukti Islam Itu Benar!


    1- Kakbah

    Sekarang ini dunia sudah moden. Kita lihat banyak sekali bukti yang bahawasanya Kakbah itu adalah pusat Bumi. Jadi sudah cukup jelaslah Islam itu benar. Tapi kenapa Umat Islam memusingnya ke arah lawan jam semasa tawaf di lakukan? ya.. mungkin persoalan itu akan wujud bila kita berpandangan jauh. Banyak para saintis dan ahli mengenainya tertanya-tanya kenapa umat Islam ini tawaf ke arah yang bertentangan arah jam. Jadi para saintis mengkaji lebih dalam. Dan terbukti ada banyak manfaatnya ketika berpusing lawan jam. Kerana ia adalah pusingan alam. Mari kita lihat puting beliung atau pusingan angin. Adakah ia bergerak dari kiri ke kanan? macam mana dengan pusaran air? pusingan bumi? pusingan bumi mengelilingi matahari? pusingan atom? Ya mereka semua akan bergerak dari kanan ke kiri. Ia pusingan alam. Pusingan ini menghasilkan satu medan tenaga atau bahasa mudah di fahami adalah aura. Tapi manusia tak sedar. Dia memakai jam yang arahnya bertentangan yang  mungkin merosakkan sistem badannya dan mengganggu peredaran alam serta terdedah dengan radiasi melampau!

    2- Kalimah Bismillah pada kitab Bible


    Satu ketika dahulu di kawasan selatan Semenanjung Sinai, terdapat sebuah biara usang yang dikenali sebagai biara St. Chaterine (Santa Katarina) di Bukit Sinai (golongan Muslim juga menamakannya sebagai Jabal Musa). Menarik untuk diketahui bahawa perpustakaannya mengandungi ribuan manuskrip berharga, semuanya menunggu masa untuk dijelajahi. Selain daripada Achtiname of Prophet Muhammad (s.a.w) yang membuktikan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) ternyata pelindung golongan Kristian pada zamannya, biara ini juga menyimpan Kodeks Sinai 151, antara Al-Kitab (Bible) berbahasa Arab tertua di dunia yang mengandungi kalimah Basmallah.
    Manuskrip ini merupakan hasil kerja seorang Kristian Nestorian bernama Bishr Ibn Al Sirri pada tahun 867M. Dipercayai bahawa semasa waktu darurat, beberapa rahib menyembunyikan Kodeks Sinai 151 dan membawanya ke biara St. Chaterine, sebuah tempat terpencil dengan reputasi keselamatan yang tinggi. 

    Kodeks Sinai 151 yang ditemui sekitar tahun 1800M pada asalnya diterjemahkan oleh Al Sirri daripada bahasa Aram. Ia bukan sahaja mengandungi bahagian komentari, tetapi juga dilengkapi dengan komentar marginal dan glosari.

    Penemuan Kodeks Sinai 151 telah membuat ramai Kristian Koptik di Timur Tengah meyakini dan menerima agama Islam. Ini kerana setiap surat yang tercatat dimulai dengan kalimah Basmallah, satu petanda bahawa manuskrip asalnya dalam bahasa Aram, iaitu bahasa yang digunapakai oleh Yesus dalam
    kehidupannya sehari-hari, juga dimulai dengan kalimah yang sama.

    Biara St. Chaterine yang merupakan antara biara Kristian tertua di dunia kini telah dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

    Sumber rujukan:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Saint_Catherine%27s_Monastery,_Mount_Sinai (18 Jun 2012)http://www.sacred-destinations.com/egypt/sinai-monastery (18 Jun 2012)  



     3- NAMA PARA NABI TERCATAT DALAM TABLET EBLA YANG BERUSIA 1500 TAHUN LEBIH TUA DARI KITAB TAURAT



    Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yan
    g ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite. Sejarah agama-agama yang terkubur

    Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.
    Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2
    Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla
    Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

    Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

    Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla
    Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

    Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.
    Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader’s Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.
    Janji Tuhan Itu Benar…

    Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.

    Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:
    Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta. (Surah An-Nahl, ayat 36)

    Rujukan:
    1 “Ebla”, Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2.0, SoftKey Multimedia Inc.
    2) Howard La Fay, “Ebla: Splendour of an Unknown Empire,” National Geographic Magazine, Disember 1978, hal. 736; C. Bermant dan M. Weitzman, Ebla: A Revelation in Archaeology, Times Books, 1979, Wiedenfeld dan Nicolson, Great Britain, hal. 184.
    3) Majalah Bilim ve Teknik (Sains dan Teknologi), No. 118, September 1977 dan No. 131 Oktober 1978
    4) Untuk maklumat lanjut, sila lihat tulisan Harun Yahya yang berjudul Miracles of the Qur’an.

     4-Yahudi akui kebenaran Islam

    Tahukah anda akan sejenis pokok yang digelar sebagai 'Pokok Yahudi'? Kenapa ia digelar begitu dan pokok apa sebenarnya? Namanya adalah pokok Qharqad. Pokok Qharqad dikenali sebagai Boxthorn tree dengan nama saintifiknya adalah Lycium ferocissimum.  Pokok Qharqad adalah sejenis pokok bagi kaum Yahudi yang mempunyai kaitan dengan Hari Kiamat. 

     Perkaitan antara pokok Qharqad dengan Hari Kiamat adalah berdasarkan sebuah hadis yang berbunyi :

    "Kiamat Tidak terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi. Kaum Muslimin akan membunuh mereka sehingga orang Yahudi terpaksa bersembunyi di belakang batu dan pohon. maka, batu dan pohon itu pun berkata, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah. Ini ada orang Yahudi dibelakangku, bunuhlah dia!' Semua pohon akan membantu kecuali pohon Qharqad kerana ia termasuk pohon orang Yahudi" - (Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )


     Pernah saya terbaca dimana ada sumber mengatakan bahawa kaum Yahudi sedang giat meningkatkan bilangan penanaman pokok ini di seluruh dunia. Yang pastinya pokok-pokok ini sudah ditanam di seluruh tanah Palestin. Mereka sedar dengan perkara ini dan sedang mempersiapkan diri nampaknya.

    Di atas ketakutan dan kebimbangan mereka keatas hadis tersebut, melalui halaman Jewish National Fund pembaca boleh melihat sendiri bagaimana kaum Yahudi ini ada menubuhkan satu dana kebangsaan yahudi yang khas bagi pembiayaan penanaman pokok Qharqad

    Ada juga sumber menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok di seluruh dunia. Jika kita fikir dan renungkan, mengapa mereka beria-ia menanam pokok Qharqad dengan jumlah yang banyak? Maka terbuktilah bahawa kaum Yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam namun tetap menentang Islam kerana sifat mereka yang bongkak.

    Sememangnya pokok Qharqad ini ada kaitannya dengan hari kiamat kelak dan disarankan agar dibakar sahaja jika terjumpa. Supaya tiada tempat untuk kaum Yahudi berlindung ketika dicari oelh Tentera Muslimin. Pokok ini memang ditanam dengan objektif melindungi kaum Yahudi dan Israel maka timbul persoalan apakah penanaman pokok Qharqad ini akan dilaksanakan di Malaysia berdasarkan kenyataan Ketua Pembangkang "I support all efforts to protect the security of the state of Israel"? 


    sumber:  http://keris7lok.blogspot.com/2012/03/pokok-yahudi-akan-ditanam-di-malaysia.html

    4- Kiblat
     Seperti yang diketahui, arah kiblat menggunakan posisi matahari yang `beristiwa' (transit) di atas (zenith) Kaabah atau Masjidil Haram. Fenomena ini berlaku apabila matahari dalam terbit dan terbenamnya mengikut rutin hariannya, mengalami tengah hari (disebut istiwa/transit) tepat atau hampir tepat pada titik zenith (dengan kata lain, berada betul-betul di atas Masjidil Haram atau Kaabah. Peristiwa ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei, dan 16 Julai setiap tahun. Sekalipun terdapat pandangan mengenai tahun lompat dan sebagainya, sebagai suatu kaedah rujukan bayang, selisih yang wujud adalah kecil, justeru nilai atau tarikh di atas boleh digunakan setiap tahun.

    Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah-olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ia dapat disaksikan dari setiap pelosok bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat.

    Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengah hari di Mekah adalah bersamaan pukul 5.16 petang dan 5.28 petang 16 Julai di Malaysia.

    5-Jantung 

    Tahukah kita ? Jantung manusiaaa............. Para saintis telah membuktikan bahawa,suara yang datang daripada denyutan jantung adalah "Lub Dub"Tetapi Kini mereka dianalisis bahawa, ia adalah 'Rub Dub Dub'.Dalam Bahasa Arab perkataan ini bermaksud 1 yang buat satu sama dan segala yang berkaitan dengan alam Semesta, dan yang mempunyai perintah dalam segala-galanya.

    Itu adalah "Allah" Jadi tiap-tiap degupan jantung kita berkata:"ALLAH"


    6- Dr. Arthur J Alison dengan tidur dan mati

    Penyelidikan parapsikologi dan perlakuan spiritual dibawah cahaya al-Quran telah mempengaruhi Dr. Arthur J Alison menyedari hakikat kebenaran agama Islam, sebagaimana yang dilaporkan didalam akhbar harian Jeddah, Okaz. Dr Alison yang memeluk agama Islam ketika menghadiri persidangan saintifik di Kaherah mengatakan bahawa orang Islam sendiri telah gagal menu...njukkan hakikat saintifik yang ada pada agama Islam kepada yang bukan beragama Islam.

    Beliau yang kini bernama Abdullah Alison, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Elecktrikal di sebuah Universiti di Britain (University of London), menyeru saintis barat mengenali Islam yang beliau sifatkan sebagai “agama yang menjawab kedua-dua bidang intelek dan sentimen sekali gus”.

    Berapa sainstis barat yang kebetulan mengkaji al-Quran dimana penyelidikan akademiknya memerlukan mereka melakukan hal sedemikian, telah memeluk agama Islam apabila melihat Islam sebagai agama saintifik yang tidak menafikan penyelidikan saintifik moden , tidak seperti agama-agama lain.

    Dr Alison mengatakan bahawa beliau telah bertugas selama enam (6) tahun sebagai pengerusi Pertubuhan Parapsikologi dan Spritual British. Kedudukan ini telah mendorong beliau mempelajari pelbagai agama dan falsafah, termasuk agama Islam.

    Dr Alison telah menghantar kertas penyelidikannya ke sebuah Persidangan di Kaherah yang membicarakan mengenai perhubungan diantara TIDOR dan MATI, dimana menurut beliau ia merupakan kajian substansi menggunakan peralatan elektrikal dan elektronik, yang merupakan bidang kepakaran beliau.

    Menurut beliau, semasa menulis kertas kerja untuk Persidangan di Kaherah, matlamat utama beliau adalah untuk mengkaji perubatan parapsikologi dan spiritual didalam kacamata al-Quran.

    Keputusannya adalah sangat memeranjatkan dan sangat menyakinkan terutamanya keadaan semulajadi, kondisi tidor dan kematian dan lain-lain phenomena yang berkaitan. Tambah beliau “Kegembiraanku tidak terhingga dimana kajian ini sangat menyakinkan, seterusnya saya menemui Islam”. Beliau meluahkan rasa kekesalan bahawa Barat sebenarnya jahil tentang pendekatan saintifik terhadap Islam. “Didalam diskusi kami di Persidangan tersebut, kita telah mencapai konklusi bahawa Islam tidak bercanggah dengan sains, dan merancang untuk melakukan penyelidikan yang lebih lanjut didalam penyelidikan parapsikologi dibawah naungan al-Quran” kata penyelidik Ingerris ini.

    Semasa menyediakan kertas kerja untuk Persidangan Kaherah, Dr Alison telah berhenti pada ayat al-Quran :

    “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42]

    Bagi mendalami bab saintifik al-Quran ini, Dr. Alison telah bekerjasama dengan Dr al-Musherif dan berjaya membuktikan bahawa tidor dan kematian hanyalah satu proses (one single process) sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat al-Quran diatas dan berkata bahawa orang Islam telah lalai menyerlahkan fakta-fakta saintifik al-Quran kepada bukan Islam.

    Menurut beliau, eksperimen beliau telah menunjukkan bahawa ada sesuatu benda telah keluar dari badan manusia apabila seseorang lelaki atau wanita tidor, dan akan kembali masuk menyebabkan mereka bangun tidor. Akan tetapi kematian pula menujukkan sesuatu benda itu tidak kembali. “Dan al-Quran telah menyebut sejelas-jelasnya”, Tambah Dr Alison “saya yakin dengan apa yang diperkatakan oleh al-Quran”.

    Dr Al-Mushrefi, seorang saintis arab dari Utara Yaman dan merupakan rakan penyelidik Dr Alison berkata bahawa Dr Alison memang tidak pernah makan babi atau minum arak seumur hidupnya dan kini setelah beliau memeluk agama Islam dia telah membantu menyebarkan mesej Islam.



    7-KISAH DEBAT ANTARA IMAM ABU HANIFAH DENGAN SEORANG ATHEIS !

    Pada suatu pagi, Imam Abu Hanifah yang ketika itu masih kanak-kanak telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. 

    Guru: Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. 

    Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.

    Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta’bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta’birkannya.

    Guru: Ta’birkanlah .Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Atheis itu, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri.

    Tuan Guru: Bagaimana pula kalau orang tanya siapa kamu? Imam Abu Hanifah: Katakan saja saya ini budak pembawa kasut tuan.

    Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.

    Tuan Guru bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami’. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.
    Si Atheis itu datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?

    Imam Abu Hanifah menjawab: Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.
    Antara 3 soalan yang didebatkan ialah:
    1) Apa yang ada sebelum Allah ada? 2) Ke manakah Allah sedang menghadap sekarang? 3) Apakah yang dilakukan Allah sekarang?

    Apa yang ada sebelum Allah?
    Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah. Buktinya ada pada anggota badanmu. Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.
    Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya?

    Jika tuan menyalakan lampu pelita di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap? Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru. Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta’ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.
    Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?

    Imam Abu Hanifah: Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah. Si Atheis itu pun turun, Imam Abu Hanifah pula naik ke atas mimbar. Setelah beliau duduk, si Atheis itu pun bertanyakan soalan tadi.

    Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.
    8- Sujud
     Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-

    1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

    2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

    3. Melegakan sakit hernia.

    4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

    5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.

    6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.


    7. Meringankan bahagian pelvis.

    8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.

    9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.

    10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.

    11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .

    12. Mengurangkan kegemukan.

    13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

    14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

    15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.

    Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).


    KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT MENGIKUT KAJIAN SAINS

    solat apabila kita mengetahui kelebihan setiap pergerakkan dalam solat akan menjadikan solat yang kita lakukan itu lebih bermakna.
    contohnya sujud => jumlah sujud dalam sehari (5 waktu)

    *solat 4 rakaat => 4×2 = 8 => kita ada 3 kali solat 4 rakaat (zohor,asar n Isha’)=> 8×3=24 kali

    *solat 3 rakaat => 3×2 = 6 => kita ada sekali solat 3 rakaat (Maghrib) => 6 kali

    *solat 2 rakaat => 2×2 = 4 => kita sekali solat 2 rakaat (subuh) => 4 kali

    *jumlah keseluruhan => 24+6+4=34 kali sujud sehari

    Dalam satu kajian sains oleh seorang prof.(bukan Islam) dalam bidang bialogi di salah sebuah universiti di US, dia menyatakan bahawa keadaan sujud boleh menyebabkan pengaliran darah ke otak secara menyeluruh.

    Ia membolehkan otak kita berfungsi mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah.(selepas membuat kajian ini prof. tersebut telah memeluk Islam)…amin

    Dalam kajian yang sama dia menyatakan tindakan kita melakukan sebanyak 34 kali sujud boleh meningkatkan daya ingatan, menghapuskan kebarangkalian penyakit gila sebelum usia 40thn dan penyakit nyanyok.


    Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.




    9-Nama Muhammad Dalam kitab agama lain 

    1. Nabi Muhammad Dalam Agama Hindu

    Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad s.a.w yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. “av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya adalah “utusan terakhir”.
    .
    .
    Ayat–ayat Hindu yang jelas menyatakan tentang Nabi Muhammad SAW ialah:
    “Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
    (Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)
    .

    Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.
    .
    Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah
    .
    Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.
    .
    Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)

    Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
    1. Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
    2. Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.
    3. Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi.


    2.  Nabi Muhammad Dalam Agama Zorester (Majusi) Parsi


    Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
    .
    .
    “Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki MadainTus dan Balkhiaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mereka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat

    3.  Nabi Muhammad Dalam Agama Yahudi (Kitab Taurat}



    Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:
    “Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala firmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan.”

    4. Nabi Muhammad Dalam Agama Kristia

      A.  Nabi Muhammad Dalam Kitab Injil Yahya
    .
    Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi kerana jika aku tidak pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang terpuji)
    Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.
        B.  Nabi Muhammad Dalam Injil Barnabas

    Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.
    “Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.”
    .
    .
    Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.
    Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia.”  (sama dengan TuhanInjil Bamaba, 163).
    .
    .
    Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, ketika manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari kiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah SAW. Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).

    5.  Nabi Muhammad Dalam Agama Buddha
    .
    Maksud Buddha ialah Orang yang diberi petunjuk. Di dalam tradisi Budha, pemimpinnya sendiri Sidharta Gautama telah meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi wahyu. Dalam Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras (perkara.217-218) tercantum bahawa Budha agung yang akan datang ke dunia ini dikenal sebagai “Maitreya”. Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama “Meteyya”. Kedua kata ini bermakna “pemberi rahmat”. Dengan merujuk kepada sejarah kehidupan Muhammad saw, kentara sekali beliau adalah orang sangat penyayang dan al-Quran juga menyebut-nyebut fakta ini.
    .
    .
    .
    Persamaan-Persamaan Lain Buddha
    Seorang Buddha yang tercerahkan itu dilukiskan sebagai memiliki kulit yang amat cerah dan bahawa seorang Buddha memperoleh “pandangan yang luhur di malam hari”. Dalam kenyataan sejarah, Nabi saw kerap melakukan solat pada waktu malam (tahajjud) sebagai tanda cintanya yang mendalam kepada Pencipta Alam ini. Selama hayatnya, Nabi saw tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Hasilnya, beliau memperoleh pandangan yang tajam untuk mengetuai peradaban baru manusia iaitu peradaban Islam.
    .
    ”Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama “Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
    (Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76)
    .
    Gautama Buddha sendiri berkata, “Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku, seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu.”
  • You might also like