Tiada Hadis "Nabi Tak Mengaku Umat"


 Aku dah lama mengkaji benda alah ni. Tapi malas saja hendak di mulakan ceritanya. Bnyak buku-buku yang aku terjah tentang gejala LGBT ini tapi tak jumpa satu pun daripadanya tentang mana-mana hadis yang mengatakan "nabi tidak mengaku umat". Ia hanya kepalsuan yang berlegar di lisan orang Melayu. Ini telh cukup membuktikan ajaran sesat tanpa kita sedari dari pelusuk seantara agama Islam. Banyak juga yang aku cari mana silapnya dan terletaknya hadis tersebut. BanyAk yang aku baca dari buku-buku pengalaman para ustaz dan ustazah menangani masalah LGBT ini tidak pernah sama sekali mereka sepilkan kandungan hadis "NABI TAK MENGAKU UMAT"

Banyak antara hadis-hadis tentang larangan dan dosa LGBT ini tapi tak ada satu pun darinya dan mana-mana tentang hadis "NABI TAK MENGAKU UMAT". Benda ni aku usulkan dan aku bangkitkan bukanlah kerana aku menghalalkan perbuatan mereka. Cuma aku sedikit terkilan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan hadis palsu dan kata-kata "nabi tidak mengaku umat" kepada masyarakat hanya semata-mata untuk menyingkirkan golongan ini jauh dari pandangan kaum normal. Sesunggunya Islam itu agama yang mulia dan cukup indah. Bukankah ada cara yang lebih baik dari ini. Golongan seperti sepatutnya di berikan sokongan dan kata nasihat untuk berubah. Bukannya di buang jauh atau memaki hamun. 

Berikut saya berikan beberapa hadis yang sahih tentang golongan LGBT yang harus di tegah sama sekali.



Pertama: Larangan Rasulullah s.a.w menyerupai jantina yang berlainan
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ"

Terjemahan: Dari Ibn 'Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki."[0]
-
Kedua: Larangan Rasulullah s.a.w Terhadap Lelaki Yang Berpakaian Wanita dan Wanita Berpakaian Lelaki
Daripada Abi Hurayrah r.a.:

"لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ"
Terjemahan: "Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki."[1]
-
Ketiga: Tindakan Rasulullah s.a.w Terhadap Golongan Pondan
Daripada Ibn 'Abbas r.a, berkata;

لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ وَأَخْرَجَ فُلَانًا وَأَخْرَجَ عُمَرُ فُلَانًا

Terjemahan: "Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang bersifat kewanitaan dan wanita yang bersifat kelakian, dengan sabdanya: "Keluarlah mereka daripada rumah-rumah kamu." Ibn ;Abbas menambahkan lagi: "Maka Nabi s.a.w telah mengeluarkan si fulan, dan Umar juga telah mengeluarkan si fulan."[2]
-
عَن أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ عِنْدَهَا وَفِي الْبَيْتِ مُخَنَّثٌ فَقَالَ الْمُخَنَّثُ لِأَخِي أُمِّ سَلَمَةَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ إِنْ فَتَحَ اللَّهُ لَكُمْ الطَّائِفَ غَدًا أَدُلُّكَ عَلَى بِنْتِ غَيْلَانَ فَإِنَّهَا تُقْبِلُ بِأَرْبَعٍ وَتُدْبِرُ بِثَمَانٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلَنَّ هَذَا عَلَيْكُنَّ

Terjemahan: "Daripada Ummu Salamah, bahawa Nabi s.a.w berada di rumahnya dan terdapat di sebuah rumah seorang yang berkelakuan wanita. Maka Nabi s.a.w berkata kepada saudara Ummu Salamah iaitu 'Abd Allah bin Abi Umayyah: "Jika Allah membebaskan Ta'if bagi kamu pada esok hari, maka akan aku tunjukkan pada kamu rumah Binti Ghaylan, yang datang dengan empat dan pergi dengan lapan anggota". Maka sabda Nabi s.a.w: "Jangan sekali-kali mereka itu masuk ke dalam rumah-rumah kamu."[3]

Homoseksual iaitu hubungan seks antara lelaki dengan lelaki mahupun wanita dengan wanita, mengenai perkara ini Allah SWT berfirman maksudnya; “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”. (Asy Syuraa ayat 165-166)
 Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada dijelaskan: “Empat golongan yang pagi hari dalam kemurkaan Allah dan petang hari dalam kemurkaan Allah. Lalu ada yang bertanya; “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? Baginda menjawab; “Iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang bersetubuh dengan binatang dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki (homoseks)”. (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi)
 Homoseksual adalah perbuatan yang menyalahi fitrah, kerana sesungguhnya Allah menjadikan berahi yang normal itu adalah berahi antara lelaki dan perempuan. Maka perbuatan homoseks adalah sungguh-sungguh suatu keingkaran yang keji terhadap fitrah manusia dan keruntuhan akhlak yang sangat rendah. Homoseksual merupakan perbuatan keji yang dimurkai Allah. Sebagaimana yang dicontoh oleh Allah di dalam Al-Quran tentang kehancuran umat nabi Luth as disebabkan mengamalkan perbuatan homoseks.

Firman Allah;وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ * إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

Maksudnya; “Dan Nabi Lut juga (kamu utuskan), Ingatlah ketka ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kamu? * sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”
Dari Firman Allah ini, Allah menggambarkan tindakan homoesksual ini merupakana amalan “fawahisy” atau amalan yang keji.Menurut Imam Al-Qurtubi, makna Fawahisy adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

 Disebalik kemurkaan Allah terhadap pelaku Liwat ini, Allah juga telah menyediakan hukuman di dunia yang perlu dilaksanakan terhadap orang yang melakukan amalan kaum Nabi Lut .Pendapat Jumhur ulama ini adalah disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu musa Al-‘Asyari, bersabda Nabi SAW;إذا اتى الرجل الرجل فهما زانيان
Maksudnya;“apabila seorang lelaki mendatangi seorang lelaki yang lain (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina” (Sya’b Al-Iman : 5221))

Begitujuga hadis yang diriwayatkan daripada Ibni Abbas, bersabda nabi SAW
;مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ Maksudnya;“Barangsiapa yang kamu dapati mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, maka hendaklah kamu bunuh pembuat dan orang yang kena buat” (Sunan Abi Daud : 3869)

 ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Ia (pelaku gay) dinaikkan ke atas bangunan yang paling tinggi di satu kampung, kemudian dilemparkan darinya dengan posisi pundak di bawah, lalu dilempari dengan bebatuan.”

  “Siapa saja di antara kalian mendapati seseorang yang melakukan perbuatan kaum Luth maka bunuhlah pelakunya beserta pasangannya.


Al-Imam Asy-Syafi’i berkata,
” وَبِهَذَا نَأْخُذُ بِرَجْمِ مَنْ يَعْمَلُ هَذَا الْعَمَلَ مُحْصَنًا كَانَ أَوْ غَيْرَ مُحْصَنٍ “
“Maka dengan (dalil) ini, kami menghukum orang yang melakukan perbuatan gay dengan rajam, baik ia seorang yang sudah menikah maupun belum.
Begitu juga dengan riwayat dari Khalid bin Al-Walid bahwa beliau mendapati di sebagian daerah Arab, seorang lelaki yang disetubuhi sebagaimana disetubuhinya seorang wanita. Lalu, beliau menulis (surat) kepada Abu Bakar Ash-Shiddiq tentangnya, kemudian Abu Bakar Ash-Shiddiq meminta nasihat kepada para shahabat. Maka yang paling keras perkataannya dari mereka ialah Ali bin Abi Thalib yang berkata,
” مَا فَعَلَ هَذَا إِلاَّ أُمَّةٌ وَاحِدَةٌ مِنَ الأُمَمِ، وَقَدْ عَلِمْتُمْ مَا فَعَلَ اللهُ بِهَا، أَرَى أَنْ يُحْرَقَ بِالنَّارِ “
“Tidaklah ada satu umat pun dari umat-umat (terdahulu) yang melakukan perbuataan ini, kecuali hanya satu umat (yaitu kaum Luth) dan sungguh kalian telah mengetahui apa yang Allah Subhaanahu wa ta’ala perbuat atas mereka, aku berpendapat agar ia dibakar dengan api.”
Lalu, Abu Bakar menulis kepada Khalid, kemudian Khalid pun membakar lelaki itu.

Ini mungkin dari sudut hukum-hakam Hudud.  Bagi kaum LGBT gentarlah lah kamu akan humuman ini.. dan fahamilah hukum hudud. Sesungguhnya Allah itu maha pemaaf dan pemurah. Bertaubatlah. Maka gugurlah hukum itu ke atas mu.

Kepada mereka yang mempunyai jawapan atau mereka yang ada menyimpan hadis yang aku cuba bangkitkan ini sila hubungi aku. Bagi aku hadis tu secara lengkap, termasuk sumber rujukan dan kesahihan hadis tersebut. Saya akan mengkajinya lebih dalam apa yang anda akan beri pada saya nanti.
Anda juga harus sebarkan post ini bagi memudahkan saya mencari hadis ini dan secara tak langsung anda akan dapat pahala dari apa yang anda lakukan. Atau paling tidak ada pun hadis yang saya cari ini, sekurang-kurangnya anda berjaya mengekang dari gejala ajaran sesat. bahkan anda perolehi pahalanya sama dengan saya. Insyaallah...

yang baik datang dari Allah. yang buruk jua Allah jadikan kepada saya untuk ujian dan cabaran...

Sumber dan kajian dari pakcik google dan buku terbitan yang disahkan.. :D

Share This!