Asadel Resources

بسم الله الرحمن الرحيم

ABOUT US GALLERY ONEXOX

Recent Work

Pets Event Kenduri Sunat Berkhatan

bertempat di kg sg tengi kiri tanjong karang pada 11.12.2016













Pets Event Malam Cinta Rasul

10/12/2016 bertempat di taman seri setia Tanjong Karang













Kerajaan Negeri Selangor Lancar Kad Peduli Sihat


OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 DIS: Rakyat Selangor khususnya kelompok B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000

sebulan disarankan untuk mendaftar di bawah Skim Peduli Sihat bagi mendapatkan rawatan hospital secara percuma.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali berkata, pemohon yang layak boleh mendaftar secara atas talian di https://pedulisihat.com/ atau melalui pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) berdekatan. 
“Skim ini terbahagi kepada dua iaitu kategori A akan menerima manfaat kelebihan isi kad RM500 setahun dan tiada had jenis rawatan atau perubatan tertakluk kepada syarat kelayakkan.
“Manakala, kategori B untuk individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah yang akan memperoleh isi kad bernilai RM200 juga tiada had rawatan serta perubatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Terdahulu, dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta bagi melaksanakan skim berkenaan kepada kelompok B40.
Berita gembira!
KAD PEDULI SIHAT SELANGOR
Warga Selangor dialu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR. Ianya PERCUMA. Hanya di Selangor.

KATEGORI A:
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)
KATEGORI B:
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)
Syarat-syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.
Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan.
Pertanyaan lanjut layari klik sini atau hubungi: 03-20893911.
#BelanjawanNegeriSelangor2017



UPDATE: mulai sekarang 2017 anda boleh dapatkan borang offline di pejabat-pejabat dun berhampiran anda.

Pets Event: Program Berkhatan Tanjong Karang 2016

pada tarikh 26-11-2016 bermula jam 8am hingga 12pm bertempat di Padang Astaka Taman Tanjong Karang bersebelahan dengan Dewan Dato Hormat. credit: kambel









majlis seterus nya entah karnival apa kat kuala saja2 lepak terserempak dengan bikers kental kita bito










Share This!

Our Blog

94174 Cups
Average weekly coffee drank
909442 Lines
Average weekly lines of code
473255 Customers
Average yearly happy clients